Friday 1 November 2013

Cara Mudah Tulis Karangan A

Sumber: Modul Latihan Terancang Program Perhalus SPM 2013


Tajuk 1: Kebaikan Amalan Bergotong-royong

 Pada hari ini, isu amalan gotong-royong selalu diperkatakanUmumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkanPersoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari kebaikan amalan bergotong-royong. 

 Sesungguhnya, kebaikan amalan gotong-royong dapat mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Contohnya, mereka dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Sekiranya hal ini dilakukan pasti akan dapat melahirkan keadaan yang aman.Benarlah amalan gotong-royong boleh mengeratkan perpaduan ahli masyarakat.

 Selain itu, kebaikan amalan gotong-royong dapat mempercepat dan memudahkan sesuatu kerja. Hal ini demikian kerana kerja dapat dilakukan bersama-sama. Misalnya, masyarakat setempat bergotong-royong menjayakan majlis perkahwinan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu kerja. Tepatlah bahawa amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan.

 Di samping itu, kebaikan amalan bergotong-royong adalah untuk memperkukuh semangat kejiranan. Hal ini demikian kerana masyarakat dapat mengambil berat hal-hal kejiranan. Tamsilnya, kita boleh menolong jiran yang menghadapi kesusahan.Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mengukuhkan hubungan antara jiran. Betullah bahawa amalan gotong-royong memberikan banyak kebaikan.

 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menggalakkan amalan gotong-royong ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. Semoga akan lahir masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Namun begitu, ingatlah peribahasa tepuk dada tanya selera.
                                                                                                              
(203 patah perkataan)













Tajuk 2: Sebab Pelajar Tidak Mematuhi Disiplin

 Pada hari ini, isu disiplin pelajar selalu diperkatakanUmumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkanPersoalannya mengapakah hal ini berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari sebab-sebab pelajar tidak mematuhi disiplin. 

 Sesungguhnya, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah masalah keluarga. Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anak. Contohnya, ialah ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka. Sekiranya hal ini berlaku pastilah anak-anak akan terbiar. Benarlah keluarga penting untuk membentuk disiplin pelajar.

 Selain itu, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah mereka terpengaruh dengan rakan. Hal ini demikian kerana mereka mudah terikut-ikut dengan kelakuan rakan sebaya. Misalnya, pelajar akan mengikut rakan mereka ponteng sekolah. Sekiranya hal ini berlaku pastilah akan merosakkan masa depan pelajar. Tepatlah bahawa rakan merupakan sebab yang boleh mempengaruhi pelajar.

 Di samping itu, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah pengaruh media. Hal ini demikian kerana media sering menyiarkan contoh kelakuan yang tidak baik. Tamsilnya, perlakuan remaja menghisap rokok. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan merosakkan disiplin pelajar. Betullah bahawa media boleh mempengaruhi disiplin pelajar. 

 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu disiplin pelajar ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya menanganinya. Semoga akan lahir pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang pada masa akan datang. Namun begitu ingatlah peribahasa tepuk dada tanya selera.

(213 patah perkataan)


















Tajuk 3: Usaha-usaha untuk Memperkukuh Perpaduan Kaum

 Dewasa ini, isu perpaduan kaum selalu dibincangkanUmumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkanPersoalannya mengapakah hal ini berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama untuk mencari usaha-usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum. 

 Sesungguhnya, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah dengan mengadakan sambutan rumah terbuka. Hal ini demikian kerana sambutan ini dapat diraikan oleh semua kaum. Contohnya, dalam sambutan rumah terbuka Hari Raya, kaum Cina dan India boleh meraikannya bersama. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mewujudkan perpaduan kaum. Benarlah sambutan rumah terbuka dapat memperkukuh perpaduan kaum.

 Selain itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah mewujudkan sekolah untuk semua kaum. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum boleh belajar dalam satu sekolah yang sama. Contohnya, Sekolah Wawasan telah ditubuhkan oleh kerajaan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan memperkukuh perpaduan antara kaum.Tepatlah bahawa sekolah pelbagai kaum dapat mengukuhkan perpaduan kaum. 

 Di samping itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah mewujudkan persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini demikian kerana persefahaman penting untuk menjadi negara kita aman dan damai. Contohnya, setiap kaum perlu mengamalkan prinsip-prinsip gagasan 1 Malaysia. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan menyatukan semua kaum. Betullah bahawa persefahaman rakyat berbilang kaum amat penting.

 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu perpaduan kaum ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. Semoga akan lahir masyarakat yang bersatu padu di negara kita. Ingatlah peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh. 

(233 patah perkataan)





No comments:

Post a Comment