Friday 1 November 2013

Novel-Peristiwa Diteladani atau Menarik di Peleraian

Peristiwa-peristiwa yang boleh diteladani

Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan dua peristiwa yang dapat anda teladani daripada setiap dua buah novel yang anda pelajari.

Jawapan:
                Dua contoh peristiwa yang boleh diteladani daripada novel “Kabus di Perbukitan ” ialah pertama, peristiwa Arzul yang bertekad untuk menjadi penternak dan petani setelah menamatkan pengajian di UPM. Dia telah berusaha dengan gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang usahawantani berjaya. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.

Kedua, peristiwa yang menunjukkan Soleh mahu penebangan hutan untuk membina chalet peranginanya di Tanah Tinggi Lojing dilakukan dengan lebih terancang dan terkawal  tanpa melibatkan penebangan pokok-pokok yang berusia ratusan tahun walaupun akan melibatkan kos yang tinggi. Di samping itu chaletnya itu akan dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah memelihara keindahan alam sekitar dalam melaksanakan projek pembangunan agar tidak merosakkan keindahan alam sekitar.


Peristiwa-peristiwa yang boleh diteladani

Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan dua peristiwa yang dapat anda teladani daripada novel yang anda pelajari.
 
Jawapan:
                Dua contoh peristiwa yang boleh diteladani daripada novel “Melunas Rindu” ialah pertama, peristiwa Farhana  begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited.

Kedua, peristiwa yang menunjukkan Fuad tabah menerima ketentuan takdir bahawa gadis-gadis yang dicintainya ialah adik-adiknya sendiri. Dia sememangnya jatuh hati terhadap Farhana dan tercari-cari masa yang sesuai untuk meluahkan perasaannya itu, namun akhirnya dia mendapati bahawa Farhana ialah adik seibu dengannya. Dia menerima ketentuan takdir itu dengan reda. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah tabah atau reda akan ketentuan takdir kerana ada hikmah di sebaliknya.







Plot Bahagian Peleraian

Huraikan tiga peristiwa penting di bahagian peleraian novel yang telah anda pelajari.

Fuad dan Farhana dapat menyesuaikan diri bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Robert Lim, iaitu ayah kandung Fuad juga mengesahkan bahawa Mariana iaitu emak Farhana itu juga ialah emak Fuad, iaitu isteri yang pernah dikahwininya suatu masa dahulu. Farhana juga sudah pulih daripada kejutan kerana mengetahui bahawa dia dengan Fuad ialah adik-beradik kandung. Perasaan sayang sebagai kekasih sebelum itu sudah berubah menjadi perasaan sayang kepada seorang abang kandung.

Selain itu, Fuad telah diterima untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI) dalam Bahasa Inggeris di Maktab Perguruan Ilmu Khas(MPIK) di Kuala Lumpur selama setahun untuk melayakkannya menjadi seorang guru yang terlatih.

Seterusnya, Fuad membawa ibunya, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah menunaikan umrah di Makkah dan ayahnya, Robert Lim mengatakan bahawa dia juga akan menyusul kemudian.



No comments:

Post a Comment